MRSM ATM BERA, PAHANG
"Garden of Quranic Wisdom"
Quranic-Ijtihadic-Encyclopedic

MRSM ATM Bera mula dibina pada tahun 2018 dan siap sepenuhnya pada tahun 2020
KERAJAAN melalui Majlis Amanah Rakyat (MARA) telah menyediakan ekosistem pendidikan terbaik dan berkualiti apabila sebuah Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) dan GiatMARA Prima Bera bakal dibina yang akan menjadi hab pendidikan di daerah ini.
Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, pembinaan institusi pendidikan ini akan menjadi pemangkin pembangunan dan lonjakan sosio-ekonomi selain mampu menampung jumlah pelajar yang cemerlang sebagai persediaan dalam bidang sains, profesional dan kritikal.
12 April 2021
Ini adalah keluarga MRSM ATM BERA seramai 26 guru dan staf yang telah mula bertugas bermula 12 April 2021 dalam menyediakan Maktab ini untuk menerima kemasukan pelajar. Di pimpin oleh Tn. Hj. Mohd Nizar sebagai Pengetua serta barisan ahli pengurusan maktab, kami akan berusaha memastikan persekitaran yang kondusif untuk anak-anak MRSM datang dan menuntut ilmu di sini.
Ahli Pengurusan Tertinggi Maktab
Pengetua:
Tn. Hj. Mohd Nizar bin Idris
Timb. Pengetua Kecemerlangan Akademik:
En. Norfairizam bin Nordin
Timb. Pengetua Pembangunan Pelajar:
En. Nik Mohd Ariff bin Hj. Nik Ab Rahman
Timb. Pengetua Pembangunan Bakat:
Pn. Nurulhuda binti Sahimin
Pem. Peg. Tadbir Kanan:
YM Tengku Adri bin Tengku Muda
Senarai Fasilili dan Perkhidmatan yang boleh didapati di MRSM
Kemudahan Asrama disediakan untuk semua pelajar MRSM dengan kapasiti 8 orang sebilik.
Setiap kelas dilengkapi alatan ICT dan mempunyai 25 orang pelajar satu kelas.
Kemudahan Makmal Sains, Fizik, Kimia, Biologi, Komputer dan Bengkel Reka Bentuk, Seni, Masakan disediakan.
Aktiviti keagamaan dan pelbagai kemudahan disediakan di Pusat Islam seperti Al-Quran, Muzik Kesenian Islam dan lain-lain.
Kemudahan Sukan dan Riadah disediakan seperti Padang, Gelanggang Futsal, Gelanggang Bola Jaring, Gelanggang Bola Keranjang dan lain-lain.
Koperasi menyediakan pelbagai barang keperluan harian dan pusat usahawan muda untuk melahirkan generasi usahawan.
Hantarkan maklumbalas dan cadangan anda kepada kami dan kami akan memberikan respon secepat mungkin